September 22, 2008

Tegur-menegur antara Tun dan Pak Lah

Foto: Stonehenge 20/9/08
Di akhir-akhir ini, melihat kepada komen-komen terhadap Kerajaan khususnya kepada Pak Lah yang ditulis oleh Tun dan disokong oleh yang sependapat dengan nya, juga pembangkang, semacam tiga lawan satu...

Dilakukan nya seolah-olah Pak Lah tidak ada lagi harga diri, seperti sudah hilang semua kewibawaan, dan langsung tiada lagi hormat nya, seperti kata pepatah Melayu "Ayam tak patuk, Itek tak sudu"...

Ayahku percaya......hati kecil Tun tidak tergamak melakukannya jika untuk sendiri... ini berkemungkinan Tun terpaksa melayani hati-hati yang lain. yang belum selesai dan masih belum puas-puas...,

Tak tahu pula, apa yang tersiratnya...

Tak kan lah kerana tak dapat apa yang kita suka, maka, kita kata orang yang tak dapat memberikn nya itu tidak betul, atau jahat...

Jahat sangatkah, Pak Lah tu di mata dan di hati kita...

Bagaimana pula, suatu masa dahulu Tun pun pernah tak dapat memberi atau melayani semua tuntutan orang lain, walaupun mereka mendesak dan memerlukan nya, kadang-kadang sampai terima padah...Waktu itu tak ada pun yang kutuk, kerana hormati Tun ketika itu Perdana Menteri...

Kalau ada pun yang tak suka kat Tun.. mereka tak berani kutuk teruk-teruk.

Mereka komen secara bersopan, kalau pun ada yang tak bersopan tak berani terang-terangan, takut kena gam, kena singkir atau kena ISA...

Selepas Tun bersara, adalah kedengaran bisik bisik, kata kan Tun "zalim"...itu pun setakat nak hilang kan gatal-gatal di mulut...baling batu susut tangan...budak nakal... kata kan, bila tanya betul betul... saja...bergurau...

Yang bahaya nya di masa ini, elemen permusuhan, kebencian, tak puas hati dan dengki, telah meracuni pemikiran hingga terbit emosi jahat serta cemburu tak dapat terima kesenangan orang lain, jadi TERLAMPAU dan TAASUB...Maka seluruh Otak kita mempengaruhi mulut berkata-kata, tangan menulis dengan tingkah-laku serta pegangan menjadi SESAT...Naauzubillah...

Pak Lah adalah Manusia, boleh melaku kesilapan bila-bila saja, sama juga dengan manusia lain melakukan kesilapan... Tun pun begitu...banyak juga hati hati yang terguris sampai luka parah, luka ditangan nampak merah luka di hati siapa yang tahu ...,susah hendak sembuh... mengubat hati yang luka berdarah, tak semudah mengaru gatal di telinga...,

Sehingga ini, Ketua-ketua masyarakat, Raja-Raja, Ahli Ulama (agama masing masing), Cendiakawan, Bijakpandai dan Ahli-ahli professional...telah menegurnya dengan bermacam macam cara, supaya mereka yang bertelagah berhenti dari tuduh menuduh, kata mengata yang boleh membawa kepada ketidak tenangan rakyat... Tetapi dukacitanya... seolah-olah mereka ini tak ada telinga, tak ada matahati, otak. Dan perasaan TERTUTUP rakus dengan kuasa dan duit...Astaghfirullah...

Insafi lah bahawa, tidak akan ada ertinya sebuah kemenangan yang kita perolehi dengan cara kita memijak kepala orang lain (Saudara kita tu)...
bahkan dengan kemenangan sebegitu, seperti menempah perpecahan, permusuhan dan padah nya "kehancuran...."

Jika kita merasakan kita sangat bijak serta maha-tahu, kongsikan bersama kebijaksanaan itu. Nawaitu kita kena tulus, fakta yang bersangkutan harus terang dan jelas, nyatakan misi dan halatuju serupa. Amal maaruf nahi Munkar... Aman damai dinikmati bersama, bukan berpuak atau Napsi Napsi, (sendiri-sendiri).

Pak Lah pula, kena lah faham... jikalau ada teguran samaada cara terbuka atau tertutup secara fakta, buka lah ruang untuk berbincang secara berhemah, tertib dan tawadzak, kerana dalam keadaan sedemikian boleh permudahakan serta tidak menpersulitkan keputusan... dan mendapat BERKAT serta RAHMAT.

Mengalah, bukan lah bererti kalah...itu erti pengorbanan dan jihad...mana mungkin dapat sagunya kalau tak dipecah kan ruyung.

Begitu lah juga Sipolan Sipolan yang sedang berkait kait, jangan jadi pokok dedalu (tumpang tengek) terima lah sama semua teguran...hakikatnya semua teguran itu tanda sayang kan kita...sebagai cermin...dahi kita hitam, kita tak dapat lihat nya sendiri.

Allah mencipta manusia melalui kasih dan sayang...serta manusia membina tamadun melalui maufakat. Stonehenge dibina 5000 tahun dahulu masih kekal hingga kini, tetapi suatu masa, ramai yang tamak dan mengambil batu-batunya untuk membina rumah sendiri. Mujurlah ada yang sedar dan menyelamatkannya sebelum habis diambil, lalu kekal untuk kita di zaman ini menikmatinya. Fikirkan lah...

Renung renung lah, agar kita tidak dalam kelupaan...kita manusia dijadikan...dan kita akan dikembalikan dengan tidak ada apa apa pun melainkan " Amal Jariah.".

Tun berkempen : Kepimpinan melalui teladan, teladan yg baik untuk Anakcucu..., Buang tang keruh, ambil yang jernih...,

Pak Lah : Bukan harta yang ku cari, tetapi, "Mencari Damai keredzaan Allah "

Aminnnnn....

September 19, 2008

Cakap-Cakap Politik Dan Islam.

Kenyataan Haji Hadi Awang bahawa PAS tidak akan nenyertai kerajaan PKR (kerajaan baru) jika tidak berpandukan Islam.......Bagaimana pula sekarang sudah menyertai PKR dan sudah banyak yang menang pilihanraya pun.......Barangkali kerana ada kepentingan di situ maka itu perpandukan Islam.

Ini satu lagi kenyataannya: Kerajaan baru terpaksa ditangguhkan beberapa hari (bukan dilupa) untuk beliau berbincang dulu dengan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim..... mengenainya,

Tetapi dengar-dengar dahulu, Datuk Haji Hadi kata DSAI "anggan-anggan Mat Jenen".

Kot-kot dah nak bertunang dengan Umno.....Orang memberi, kita merasa, ... Kerana budi, hati terpaut,...tetapi "awas".... jangan jadi melukut di tepi gantang, ke dalam tidak penuh...keluar tidak berkurangan....

Susah benor bercakap dengan orang politik.....bot mika dulu pakai injin, apabila injin rusak, pakai layar, mika belayarlah ikut angin,...kadang ke barat, kadang ke timur.
Kata orang tua, ibarat ombak dan pantai, sekali air bah, sekali pantai berubah,...dalam kekalutan dan kepekatan malam, apa saja boleh berlaku...telan mati emak, ludah mati bapak...cakap salah,tak cakap lagi salah.

Suatu masa dahulu pernah kita dengar orang bercakap, agama dan politik tidak bercampur, macam juga air dengan minyak...boleh duduk sekali, dan tidur sebantal, tapi bermimpi lain-lain.

Di kalangan orang-orang yang Imannya kabur...semasa berada dalam kekalutan dan kepekatan malam...apa saja boleh berlaku...semasa jalan ke depan, jangan tengok ke belakang, nanti tungul dikata hantu.

Wahai orang politik yang sedang meludah-ludah, bercakar-cakar, pada Ayahku, di antara kamu tidak ada sesiapapun yang lebih dan ingatilah tangan-tangan yang memberi kamu makan, jangan pula kau gigit....bidaah.

Wahai orang surat khabar, media masa dan cetak, jagalah maruah diri semasa mencari rezeki, jangan kerana tangan dan mulut kamu, mereka boleh berpecah-belah.....serulah mereka-mereka ini ke arah kebaikan serta berawas-awas terhadap kekaburan dan kejahatan.

Hargailah setitik darah yang mengalir dalam tubuh kita. Jangan dicemari dengan sesuap nasi yang dicari dari hasil tidak halal...Walau bertimbung harta kamu, ianya tak kan BERKAT.

TEGUHNYA BANGSA kerana berbudi bahasa,

HINANYA BESI kerana karat,

HINANYA MANUSIA kerana adab.....(tidak beretika),

Assalamualaikum, dan salam sejahtera semua rakyat Malaysia....kita manusia bersaudara .....

Perpaduan teguh... Bercerai roboh........

Saudara Baru Yang Murtad Dan Kesusahan

Islam tidak pernah mengajar kita jadi pelampau mengenai kefahaman Islam...Sunnah Rasulullah mengajar kita bersabar semasa berada dalam musibah.....dan kesederhanaan dalam semua sudut samaada semasa berkata-kata serta tingkah laku....

Satu ketika, semasa baru menerima berita Rasullullah wafat (meninggal dunia), Saidina Omar dan pengikut kaun Quraish yang selama itu amat taasub kepada Rasullullah, tiba-tiba hilang kepercayaan, bagaimana mereka hendak meneruskan kehidupan, siapa lagi hendak membimbing mereka, .siapa lagi hendak menjaga mereka apabila diganggu oleh kaum penentang Rasullah ketika itu. Ramai di antara mereka ketika itu ingin kembali ke agama asal mereka.

Nasib baiklah ketika itu Saidina Ali keluar kepada kumpulan pengikut-pengikut dan menyampaikan berita kematian Rasullah dengan tenang serta berhemah "Bahawasanya Baginda Rasullah adalah manusia, dan semua manusia akan mati, sama juga dengan manusia lain yang telah mati, Yang akan memandu kita nanti adalah ajarannya dan Allah, Bahawasanya Allah tidak mati kekal selamanya.

Saidina Omar yang begitu garang (Harimau Allah) ketika itu, menangis dan menyesali ketaasubannya, lalu mengangkat pedang dengan berkata" beliau akan memancung sesiapa yang berpaling tadah".

Begitu garangnya Saidina Omar akhirnya dapat dilembut oleh Saidina Ali dengan hanya kata-kata keinsafan.

Demikianlah kita di hari ini. Dalam mana kita berdepan dengan bantahan mengenai kenyataan saudara baru yang berada dalam kesusahan dan tak dapat pembelaan selepas bercerai, maka keluar semula ke agama asal mereka.

Kejadian itu bukan lah sesuatu yang mustahil....itu adalah Fitrah.

Kita patut pergi semula kepada mereka, dengan lembut dan berbudi bahasa, katakan kepada mereka, bahawa Islam tidak pernah menjanjikankan kesenangan secara langsung tanpa usaha. Dan kesusahan bukan urusan manusia, kita minta mereka percaya kepada Qada' dan Qadar, hakikatnya, jika mereka hendak pergi juga (meninggal Islam) biarlah mereka pergi dengan baik. Insyaalah, dalam kelembutan akan ada keinsafan dan hikmahnya, permusuhan antara manusia tidak wujud, dan kemungkinan yang bertaut akan bercantum semula.

Dahulu kawan baik dan terpuji, kini jadi musuh terkeji, sama juga sebaliknya, dahulu musuh terkeji, dan sekarang jadi kawan dipuji, apabila hilang, jadi rindu-rinduan, demikian lah lumrah.

Belajar dari cara kita membuka tali yang kusut,...mekanisma yang kita pakai adalah sabar dan tenang, baru dapat mencari punca. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, kecuali kita tidak mahu, atau sudah kehendak Allah.

Ingat ingatlah, zaman ini, kawan sanggup makan kawan. Selalu selalulah minta perlindungan dari Allah.........
Assalamualaikum dan Selamat Berbuka Puasa hari ini.

September 11, 2008

Politik Pak Kaduk dan Pak Pandir

Kita tak faham manusia zaman ini (politik Malaysia) nak cari makan pun bergaduh, nak pertahan kuasa bergaduh, nak kahwin bergaduh (nak kawin lagi), dan nak bercerai pun bergaduh...

Tak habis-habis dok dengar cerita pasal depa bergaduh, tuduh menuduh, 'mu' kata 'aku', 'aku' kata 'mu', cuma belum bertumbuk saja lagi, kalau dibiar mahu dia......

Yang peliknya, dah pandai sangat nak bergaduh, selesai laa sendiri, ini tidak.... Mahkamah juga laa ditolaknya.

Hingga pak hakim pun terbeliak bjji mata, naik muak nak muntah, alih-alih muka tuu juga, 'pi mai-pi mai tang tuu' juga, apa nak buat, sudah nasib badan, kita pun cari makan juga (bersungut dalam hati)....

Ceritanya semua sama, asyik-asyik 'hitam' kata 'putih', 'putih' kata 'hitam', kes nya ibarat kain terlondeh dan seperti selimut pendek, tarik ke atas nampak kaki, tarik ke bawah nampak kepala, kalau dah jatuh semuanya nanti, apa pula yang nampak,....em hem...

Dibuat mahkamah tu macam tak ada kerja lain lagi dah, korek lubang, kambus lubang, kalau macam tu, pak hakim turun dari langit pun tak boleh selesai, kena tunggu kiamat....

Ada cerita lagi : yang nak mati bunuh diri, putus asa konon...ada lagi yang sudah mati pun nak minta hidup semula, nak bina hidup baru konon.

Ada lagi cerita....ada yang tak nak kahwin langsung, tak minat katanya...ada yang dah kahwin lama pun mintak bercerai, tukar angin...

Ada yang meludah....ada yang menjilat semula...

Mereng juga lah nanti kepala pak hakim, meludah ke langit air jatuh ke muka sendiri....

Pelek sungguh dunia sekarang.....hai duniaaaa-dunia, nasib kau lah agaknya kene nombor 69 tonggang -terbalik.....Bai-bai.............selamat berpuasa. Assalamualaikum.....

P/S: Berbuka apa hari ni....tepok dada tanya selera.....

Terima kasih Komen

Semua manusia beleh mencorak kehidupan ini dengan apa saja warna sekalipun dengan tangan dan hati, asalkan hasilnya tidak terbabas dari nurma-nurma kehidupan yang tersirat, menerima kebaikan dan menolak kejahatan (nahi-munka) sekecil mana pun mereka ada peranan nya, yang capek datang bertongkat, yang buta penghembus lesung, yang pekak pembakar meriam ......

Semasa berlayar di lautan jangan terlupa daratan, sebelum tersesat jauh, cepat kembali ke pangkal jalan, bercakap siang intai-intai, bercakap malam dengar-dengar, berpesan-pesan sebelum lupa, berjimat-jimat sebelum habis, itulah tanda kasih kepada Allah dan berkasih-sayang sesama manusia. Yang jauh didekat, yang dekat dirapat.

Terima kasih kepada semua komentar, tak kiralah positif, negatif, yang penting komen, kerana itu cermin kehidupan Apa pun jaga tatasusila agar ia tidak terbabas dari nurma-nurma kehidupan yang tersirat..........
Terima kasih dan sayang. Salam untok semua....

September 10, 2008

Parlimen dan Maruah

Ahli parlimen yang dimuliakan, anda semua berwibawa dan bernasib baik kerana terpilih menduduki kerusi parlimen, dengan tak langsong dapat taraf Yang Berhormat (YB).

Bunyi nilainya begitu tinggi, tetapi jangan perasan. Hakikatnya anda meminta diri anda menjadi Yang 'Berkhidmat'.

Jika digunakan Dewan Parlimen sebagai medan perang maka di dalam akan ada menang dan kalah - yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu - kedua-duanya tak boleh dipakai .

YB, atau sesiapa saja semasa berada dalam parlimen, tak kiralah apa bangsa, apa parti pun - anda adalah rakan seperjuangan bukan lagi bermusuhan seperti semasa pilihanraya.

YB terdiri dari gulungan terpelajar, bijakpandai, serta bersemangat waja dan berwawasan. Maka kerana itulah dipertanggungjawabkan merangka dasar nasional untuk pembangunan dan memperbetulkan permasalahan rakyat dan bukan "racist".

Rakyat bersusah payah berfikir untuk memilih calon mana yang boleh diberi kepercayaan agar dapat membela nasib mereka yang tidak menentu. Kadang-kala yang di bandar melempah-luah, di desa kering kontang, berkerja bermandikan peloh, berpijak patah kaki, berpaut patah tangan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Akhir-ahir ini rakyat dapat melihat telatah dan gelagat YB - ada yang 'boo' sana sini, ada yang jadi katak, ada yang jadi barua. Melantah tak tentu pasal nak jadi hero kononnya tambahlah lagi apabila lensa kearahnya. Terlalu ghairah bercakap sampai lupa harga diri, kadang-kadang macam budak sekolah dalam kelas main baling kertas. Tercemar lah sudah institusi parlimen kita.

Yang Berhormat, belajar lah bercakap dengan beradab, tenang dan tawadzoa baru lah sesuai dengan pengisian parlimen yang dimuliakan. Jangan buang masa dengan perkara sia-sia, rugi duit rakyat, (bahasa mudah "buat habis keberas"....) Insaf lah, dan kembali lah kepada keadaan sebenar kenapa anda berada disitu.
.....Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat,........Amin.

September 06, 2008

Pembinaan Ummah dan Tamadun Mulia

Erti pembinaan adalah terbentuk dari kerjasama dan gabungan beberapa bahagian bertolak dari kerangka bangunan seperti contoh; kombinasi antara akal dan fikiran manusia, besi, kayu, batu, pasir, air, serta sumber alam yang lain sebagai anugerah Allah.

Apabila sudah terbina megah dengan ciri-ciri tertentu, maka kita akan merasa puas dan hasilnya terlihat satu keindahan dan kadang-kala seperti istana impian.

Dan selepas itu masing-masing bahagian yang menjadi komponan kepada pembinaan itu pun mula merasa cemburu, lalu mengaku;-


"Kuat kerana saya" kata besi. Air kata "kalau tak kerana saya, simen, pasir, dan besi tak akan melekat". Kayu pula kata "saya pun ada kepentingan dalam ukiran seni untok keindahan," . Tanah pun berkata, "bangunan tak dapat didirikan kalau saya tak ada".



Memang pun semua dakwaan itu benar. Ini bermakna bahagian-bahagian itu telah di pengaruhi oleh perasaan cemburu, dengki serta tamak. Maka mula ada niat hendak tarik diri. Bayangkan kalau satu dua sahaja menarik diri (di cabut dari bahagiannya). Tentu nya akan ada kecacatan berlaku seterusnya keruntuhan. Apakah itu yang kita mahukan, seronok ke kita melihat bangunan yang kita bina dan kita runtuh dengan tangan kita sendiri. Sama juga kita bina istana pasir di tepi pantai, datang ombak musnahlah ia. Itu kerja sia-sia namanya. Itulah definasi bersatu dan berpecah.



Wahai manusia sama ada anda Melayu, Cina, India dan lain-lain bangsa sekecil mana pun puak kamu jangan berpuak-puak dan berpecah-belah kepada perkara yang remeh-temeh kerana ia akan mencetuskan peperangan yang lebih besar. Bayangkan bagaimana kamu hidup dalam sebuah negara yang sedang berperang, dan bandingkan dengan apa yang kamu nikmati sekarang.



Para bijak-pandai dan cendiakawan serta ahli-ahli agama Islam, Kristian, Hindu, Buddha, serta apa-apa penganut dan kefahaman, tolong fikirkan mencari satu wadah dengan akal fikiran yang waras, kalau ada kesulitan rujuk lah kepada kitab dan ulama masing-masing (yang bukan fanatik). Mudah-mudahan akan dapat wahyu serta petunjuk dari Allah (Tuhan).



Alam semesta ini dianugerah Allah (Tuhan) dengan sumber yang banyak dan indah untok menafaat manusia dengan tujuan berbaik-baik dan bukan untok bermusuh-musuhan, sekiranya kamu engkar kamu akan kerugian dan dilaknat.



Sekarang ini telah ada kepala yang tidak siuman songsang, dan tangan-tangan yang nakal diterbitkan dari hati yang rosak menghantui kehidupan dengan berpaksi emosi, dan tamak kuasa.



Insaflah dan hentikanlah sebelum Allah memberhentikan kamu, mari sama-sama membina kekuatan melalui maufakat, bukan berdengki dan benci membenci.



Apa saja kelebihan yang ada pada manusia, di sisi Allah bukanlah sesuatu yang mutlak.



Pemimpin-pemimpin Utama (samaada yang sudah tiada,yang sudah bersara dan yang sedang berbakti), ahli ulama' samaada dalam UMNO, MCA, MIC, PKR, dan apa parti pun di Sabah dan Sarawak. FIKIR-FIKIRKANLAH bagaimana hendak bersyukur......

Assalamualaikum.

September 05, 2008

Menang Sorak Kampong Tergadai

Antara Gajah Sama Gajah Bergaduh, Kancil Di tengah Mati Tersepit,
Tun Dr.Mahathir kata Tunku tak betul, Tunku kata Tun tak faham,
Abdulah Badawi kata Tun terlebih perasan kata dia saja yang betul,
Tun pula kata Abdullah Badawi mudah lupa dan susah nak bangun apabila tertidur.

Kata mengata terbawa-bawa ke anak menantu, masing-masing ada pengikut yang buta-tuli dan duduk atas pagar. Ada kuasa bermaharajalela, ada harta melempah-luah, apa lagi yang tak cukup, apa lagi yang mereka mahu, apa lagi yang hendak dicari.

Yang pelek nya akhir-akhir ini Tok-Tok Guru pun sudah pandai bergaduh, korek lubang tutup lubang , dok ajar bersumpah itu dan ini . Tengah dok kongkang-kongkingj jelma semula Anwar dengan wajah baru nya, tambahlah lagi haru-biru.

Ini satu peringatan, Ketika-mana kamu dianugerah Kepandaian, Kebijakasanaan dan Kekuasaan adalah untuk membuat kebaikan yang memberi rahmat kepada sekian Alam, Akan tetepi apabila kamu cemari dengan membuat fitnah, berdengki-dengki, tamak-haloba serta bermusuh-musuhan maka hanya pada zahir saja kamu di lihat sebagai menang , tetepi hakikatnya kamu sedang berperang-perang menuju kehancuran. Maruah antara Manusia dan Iblis iaitu Tersilap adalah Manusia dan mencipta kejahatan , Kezaliman dan permusuhan Ianya adalah sifat Iblis.

Tok Tok Lebai, Ahli Bijak Pandai Agama kita tolonglah tegur depan-depan, jangan dok asyik buka kitab baca kitab dan akhirnya tutop kitab, begitu juga cendiakawan, professor dan ahli ekonomi bercakap terang-terang tak payah lah sindir-sindir, apa nak takut-takut - yang bagi kita makan bukan mereka tapi Allah, percaya dan yakin tak kan binasa bagi orang yang berkata benar. Malu lah sikit, Orang-Orang diatas bercakar-cakar bergaduh berebut harta dan kuasa sampai muntah-muntah, dan orang-orang kecil dibawah ini tercongak congak kelaparan kehausan.

Kawan kita yang lain-lain dok perhati dengan senyuman, melihat kita bergaduh siapa jadi arang siapa jadi abu, lepas tu tahu lah apa nak buat, habis minyak padam lah pelita maka bergelap lah anak cucu, apa ini yang kita mahu untuk jadi pesaka?

Tun Dr Mahathir kata dia suka berhenti makan sebelum kenyang,

Ahmad Abdullah Badawi kata bukan harta yang ku cari,

Tok guru Haji Hadi kata Anwar Mat Jeneng ,

Kuncu-kuncu nya pula ada otak tak pakai, ada kepala angok, ada tangan tangkap, ada kaki goyang.





Wallahualam, Asalamualaikum.

September 04, 2008

Puasa Hari Ini

Abang susah bangun untok sahur, semasa makan mata masih tertutop, biasalah budak-budak, toki pun dulu begitu. Tetapi masih boleh terus berpuasa, ok selamat berpuasa.