September 10, 2008

Parlimen dan Maruah

Ahli parlimen yang dimuliakan, anda semua berwibawa dan bernasib baik kerana terpilih menduduki kerusi parlimen, dengan tak langsong dapat taraf Yang Berhormat (YB).

Bunyi nilainya begitu tinggi, tetapi jangan perasan. Hakikatnya anda meminta diri anda menjadi Yang 'Berkhidmat'.

Jika digunakan Dewan Parlimen sebagai medan perang maka di dalam akan ada menang dan kalah - yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu - kedua-duanya tak boleh dipakai .

YB, atau sesiapa saja semasa berada dalam parlimen, tak kiralah apa bangsa, apa parti pun - anda adalah rakan seperjuangan bukan lagi bermusuhan seperti semasa pilihanraya.

YB terdiri dari gulungan terpelajar, bijakpandai, serta bersemangat waja dan berwawasan. Maka kerana itulah dipertanggungjawabkan merangka dasar nasional untuk pembangunan dan memperbetulkan permasalahan rakyat dan bukan "racist".

Rakyat bersusah payah berfikir untuk memilih calon mana yang boleh diberi kepercayaan agar dapat membela nasib mereka yang tidak menentu. Kadang-kala yang di bandar melempah-luah, di desa kering kontang, berkerja bermandikan peloh, berpijak patah kaki, berpaut patah tangan. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Akhir-ahir ini rakyat dapat melihat telatah dan gelagat YB - ada yang 'boo' sana sini, ada yang jadi katak, ada yang jadi barua. Melantah tak tentu pasal nak jadi hero kononnya tambahlah lagi apabila lensa kearahnya. Terlalu ghairah bercakap sampai lupa harga diri, kadang-kadang macam budak sekolah dalam kelas main baling kertas. Tercemar lah sudah institusi parlimen kita.

Yang Berhormat, belajar lah bercakap dengan beradab, tenang dan tawadzoa baru lah sesuai dengan pengisian parlimen yang dimuliakan. Jangan buang masa dengan perkara sia-sia, rugi duit rakyat, (bahasa mudah "buat habis keberas"....) Insaf lah, dan kembali lah kepada keadaan sebenar kenapa anda berada disitu.
.....Bulat air kerana pembetung, Bulat manusia kerana muafakat,........Amin.

2 ulasan:

tsyhll berkata...

Tahniah ku atas penerbitan blog. Di sini ada link untuk berita yang terkini di malaysia. Sesuai untuk di jadikan rujukan kerana isinya tidak berat sebelah kepada mana2 pihak

http://www.malaysiakini.com/bm/

Na berkata...

Ku, Dalam dok sibuk sibuk bagi 'crash course' untuk Ku buat blog, tak sempat pula nak rakamkan tahniah di atas semangat and kesungguhan Ku untuk kembali ke alam penulisan.

Mungkin anak menantu Ku tidak begitu ingat bahawa Ku sentiasa menulis skrip drama semasa di Kuala Trengganu lebih 30 tahun dahulu. Kehidupan sibuk membesarkan anak anak di Kuala Lumpur telah memalapkan semangat untuk mengejar cita cita ke arah seni.

Semoga Ku dapat sebarkan secara teratur melalui blog ini, kata-kata & pesanan luas minda kepada anak-menantu & cucu-cucu untuk rekod tatapan semua. Diharapkan blog ini boleh membantu anak menantu memahami cara pemikiran dan tindak tanduk Ku seharian.

Kepada pembaca semua, bacalah secara terbuka, sambil menikmati keindahan bahasa Melayu lama yang banyak terselit di dalam penulisan AyahKu.