Foto: Stonehenge 20/9/08
Dilakukan nya seolah-olah Pak Lah tidak ada lagi harga diri, seperti sudah hilang semua kewibawaan, dan langsung tiada lagi hormat nya, seperti kata pepatah Melayu "Ayam tak patuk, Itek tak sudu"...
Ayahku percaya......hati kecil Tun tidak tergamak melakukannya jika untuk sendiri... ini berkemungkinan Tun terpaksa melayani hati-hati yang lain. yang belum selesai dan masih belum puas-puas...,
Tak tahu pula, apa yang tersiratnya...
Tak kan lah kerana tak dapat apa yang kita suka, maka, kita kata orang yang tak dapat memberikn nya itu tidak betul, atau jahat...
Jahat sangatkah, Pak Lah tu di mata dan di hati kita...
Bagaimana pula, suatu masa dahulu Tun pun pernah tak dapat memberi atau melayani semua tuntutan orang lain, walaupun mereka mendesak dan memerlukan nya, kadang-kadang sampai terima padah...Waktu itu tak ada pun yang kutuk, kerana hormati Tun ketika itu Perdana Menteri...
Kalau ada pun yang tak suka kat Tun.. mereka tak berani kutuk teruk-teruk.
Mereka komen secara bersopan, kalau pun ada yang tak bersopan tak berani terang-terangan, takut kena gam, kena singkir atau kena ISA...
Selepas Tun bersara, adalah kedengaran bisik bisik, kata kan Tun "zalim"...itu pun setakat nak hilang kan gatal-gatal di mulut...baling batu susut tangan...budak nakal... kata kan, bila tanya betul betul... saja...bergurau...
Yang bahaya nya di masa ini, elemen permusuhan, kebencian, tak puas hati dan dengki, telah meracuni pemikiran hingga terbit emosi jahat serta cemburu tak dapat terima kesenangan orang lain, jadi TERLAMPAU dan TAASUB...Maka seluruh Otak kita mempengaruhi mulut berkata-kata, tangan menulis dengan tingkah-laku serta pegangan menjadi SESAT...Naauzubillah...
Pak Lah adalah Manusia, boleh melaku kesilapan bila-bila saja, sama juga dengan manusia lain melakukan kesilapan... Tun pun begitu...banyak juga hati hati yang terguris sampai luka parah, luka ditangan nampak merah luka di hati siapa yang tahu ...,susah hendak sembuh... mengubat hati yang luka berdarah, tak semudah mengaru gatal di telinga...,
Sehingga ini, Ketua-ketua masyarakat, Raja-Raja, Ahli Ulama (agama masing masing), Cendiakawan, Bijakpandai dan Ahli-ahli professional...telah menegurnya dengan bermacam macam cara, supaya mereka yang bertelagah berhenti dari tuduh menuduh, kata mengata yang boleh membawa kepada ketidak tenangan rakyat... Tetapi dukacitanya... seolah-olah mereka ini tak ada telinga, tak ada matahati, otak. Dan perasaan TERTUTUP rakus dengan kuasa dan duit...Astaghfirullah...
Insafi lah bahawa, tidak akan ada ertinya sebuah kemenangan yang kita perolehi dengan cara kita memijak kepala orang lain (Saudara kita tu)...
bahkan dengan kemenangan sebegitu, seperti menempah perpecahan, permusuhan dan padah nya "kehancuran...."
Jika kita merasakan kita sangat bijak serta maha-tahu, kongsikan bersama kebijaksanaan itu. Nawaitu kita kena tulus, fakta yang bersangkutan harus terang dan jelas, nyatakan misi dan halatuju serupa. Amal maaruf nahi Munkar... Aman damai dinikmati bersama, bukan berpuak atau Napsi Napsi, (sendiri-sendiri).
Pak Lah pula, kena lah faham... jikalau ada teguran samaada cara terbuka atau tertutup secara fakta, buka lah ruang untuk berbincang secara berhemah, tertib dan tawadzak, kerana dalam keadaan sedemikian boleh permudahakan serta tidak menpersulitkan keputusan... dan mendapat BERKAT serta RAHMAT.
Mengalah, bukan lah bererti kalah...itu erti pengorbanan dan jihad...mana mungkin dapat sagunya kalau tak dipecah kan ruyung.
Begitu lah juga Sipolan Sipolan yang sedang berkait kait, jangan jadi pokok dedalu (tumpang tengek) terima lah sama semua teguran...hakikatnya semua teguran itu tanda sayang kan kita...sebagai cermin...dahi kita hitam, kita tak dapat lihat nya sendiri.
Allah mencipta manusia melalui kasih dan sayang...serta manusia membina tamadun melalui maufakat. Stonehenge dibina 5000 tahun dahulu masih kekal hingga kini, tetapi suatu masa, ramai yang tamak dan mengambil batu-batunya untuk membina rumah sendiri. Mujurlah ada yang sedar dan menyelamatkannya sebelum habis diambil, lalu kekal untuk kita di zaman ini menikmatinya. Fikirkan lah...

Renung renung lah, agar kita tidak dalam kelupaan...kita manusia dijadikan...dan kita akan dikembalikan dengan tidak ada apa apa pun melainkan " Amal Jariah.".
Tun berkempen : Kepimpinan melalui teladan, teladan yg baik untuk Anakcucu..., Buang tang keruh, ambil yang jernih...,

Pak Lah : Bukan harta yang ku cari, tetapi, "Mencari Damai keredzaan Allah "
Aminnnnn....
Aminnnnn....
2 ulasan:
Assalamualaikum Ku! Tahniah! Akhirnya dapat juga saya menjengah laman blog AyahKu ni. Harap-harap nanti Ku update la lebih banyak gambar2 pengembaraan Ku di luar negara tu. Rindu sebenarnya nak jumpa Ku sekeluarga, insyaAllah jika ada kesempatan. Wassalam, Laila
Asalamualaikum Laila,
Terlebihdulu Ku ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin,kepada Laila sekeluarga,..Dan terim kasih kerana melayari blog Ku.
Laila, apa khabar, Ku harap Laila sihat, dan berjaya dalam kerjaya semuga mendapat perlindungan dan keberkatan dari Allah ,.. Datang lah kerumah, Lama Ku tak tengok Laila, Ku balek Malaysia awal November. Asalamualaikum, Terima kasih,..
Catat Ulasan