Oktober 18, 2008

Satu untuk semua, semua untuk satu....Krisis

Terlebih dulu Ayahku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga di Malaysia dan semua pembaca budiman "Maaf Zahir Batin".
Foto: Rumah Malaysia, No 1 Templewood Gardens, London 30/09/08

Selepas saja menyambut hari raya, parlimen mula bersidang dalam perbahasan belanjawan. Apa yang mendukacita nya adalah perlakuan penyokong kerajaan mengosong kerusi dewan semasa ketua pembangkang (DSAI) membuat ucapan pembahasan belanjawan.


Dalam dewan yang mulia, yang ada tatacaranya serta dalam situasi bersidang mengenai perkara kepentingan rakyat dan negara, apa pun alasan, perilaku tersebut tetap tidak bersopan dan merugikan,... tak kiralah siapa pun kita, dari apa parti kita berpegang, YB semua tetap sebagai ahli dewan yang mulia, maka kita yang di muliakan tidak sepatut berperangai tidak senonoh.

Foto: Di dalam London Eye, latarkan House of Parliament 14/09/08

Perbezaan pendapat dan berlainan tempat duduk tidak semistinya tidak boleh bersama, sebagai orang professional sewaktu perbincangan mengenai rakyat dan negara, kebencian, emosi dan sentimen tidak boleh diletak di hadapan kerana akan mempengaruhi sebelah pihak dan akan menghalang setiap kebenaran,...


YB diberi mandat oleh rakyat bersekali dengan elaun yang bukan nya sedikit untuk bermesyuarat dalam dewan, jika keluar dari dewan , itu tidak amanah, atau elaun dipotong, atau ambil rasuah dan salah guna kuasa. jika sakit atau jiwa rasa tertekan, jumpa doktor, ambil cuti, senang cerita,... Dewan Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara bukan gelanggang permusuhan untuk melahir kebencian serta berpuak-puak.

Islam dan apa ugama pun tidak pernah membenar kan nya....

Jika kelakuan sedemikian dilakukan oleh orang yang tidak cerdik, itu di sebut "bodoh," tetapi jika dilakukan oleh para bijak pandai ,itu sebagai angkuh dan sombong (bahasa kasar nya, "biadab serta riak "). Apa akan jadi generasi kita akan datang jika terpimpin dan diteladani oleh gulungang sedemikian rupa...?

Percanggahan pendapat adalah normal bagi kehidupan, dan penambahan dalam pencarian ilmuan sebagai wadah serta visi perjuangan demi kebaikan ummah.

Sekecil mana seseorang itu, atau pun ada kekurangan, masing-masing ada peranan berguna di dunia ini . Yang buta penghembus lesung (penumbuk padi) Yang pekak pembakar meriam (bedil). Jika di negeri buta, yang keset (sebelah mata) boleh jadi Raja, begitu lah lumrah kehidupan. Barang siapa yang mengalih pandangan dan membutakan mata-hati (tidak membuat perhatian ) dan memekak kan telinga kepada kenyataan dan seruan, serta tidak ambil iktibar dari kejadian "Alam" walaupun sebesar biji zarah, maka mereka adalah dari gulungan yang rugi lagi hina....

Cuba perhatiakan putaran dunia, Tsunami berlaku di Aceh, Sri Lanka..... Kelaparan di Sudan, Uruguay, Euthopia, rata rata negara miskin...Peperangan di Iraq, Palestine dan lain-lain tempat yang serupa, cukup banyak memusnah kan sumber alam yang di kurnia Allah, dimusnah oleh pemikiran dan tangan manusia yang rakus. Terkini krisis kewangan global, banyak bank berdepan dengan kebankrapan, ..Ini gara-gara orang kaya raya dan bijak pandai yang tamak -haloba, tidak jujur, tidak amanah serta tidak mahu membayar hutang. Tunggu selepas ini, dunia terus berputar lagi, akan sampai giliran apa pula,...? Allahhualam (Allah yang Maha mengetahui)

Yang Berhormat, Serta Pemimpin Tertinggi dan akar umbi, guna lah sebaik-baik nya peluang yang ada, selagi kesihatan dan nyawa di badan diizin Allah. Di antara kami rakyat biasa anda lah yang lebih mulia,...kemajuan dan keamanan negara di tangan anda.

Ketepikan emosi dan sentimen anda semasa bersidang .....

Selamat Bersidang, .. Buang yang keruh, Ambil yang jernih, ...Assalamualaikum.

Tiada ulasan: