Oktober 23, 2008

Tsunami Politik Malaysia Kini, Parah?

ERANYA Bermula dari dua manusia berkuasa masing-masing bijak pandai, tetapi saling tidak mempercayai satu sama lain, akhirnya BERTUMBUK.


Mata lebam, tilam bantal diusung turun-naik mahkamah. Black Maria jadi perisai

Tun Mahathir Turun Takhta

Dato Seri Rafidah Aziz "patah kasut"

Dato Seri Abdullah Badawi Naik Takhta

KJ Naik Junjung

Pilihan Raya 12 UMNO separuh nyawa

Sumpah Laknat masuk masjid, keluar masjid ..."Imam" tak ada tauliah jadi saksi

Doktor pakar kes liwat tidak bertauliah

Permatang Pauh tukar taukeh

DSAI mengamuk sebagai harimau luka

Lima (5) Menteri Besar menyembah bumi

GERAKAN Retak menanti belah, pecah

MCA, tongkang bocor

MIC Anak Ayam Kehilangan Ibu

TUN dan PAK LAH, bidas-membidas

PAK LAH,Gigit Tangan TUN

TUN "Mati Hidup Semula"

RAZAK BAGINDA, Pak Sanggup Altantuya, Mongolia

DATO SERI NAJIB, Terpaksa pakai Baju Besi

HAKIM dan LINGAM, OK, OK, Kita selesai, "Corek..Corek"

DATO SERI RAIS YATIM, Pemilihan Pumcak Pimpinan "TENDER"

MAHYUDDIN YASIN, Tunggu "Guruh "dari langit bila hujan akan turun, Melihat Sebelah Mata

SHAHIDAN KASIM, Nak beli Tender Satu Juta, wow banyaknya DUIT

PARLIMEN jadi Gelanggang Wrestling

BILAL (Tukang Azan Rasullah ) Turut jadi MANGSA

KETUANAN MELAYU,..Kontrak Sosial, Cina, India dan Melayu, tuduh-menuduh, siapa Sebenarnya PENDATANG

Iban, Jakun, Seman, Sakai, Kadazan, Dusun, dan Lain-lain Orang Asli, Apa pula Statusnya...?


Kesimpulannya, kesemuanya itu angkara manusia BIJAK PANDAI, "sila teka" dan dari bangsa apa, dan kenapa...?

Kata, AR Tompel, "Ya Beda-Bedu" Keluarga 69 (tunggang-terbalik), Tahun 69, (13 Mei.)

Rata-rata rakyat Malaysia kini terpaksa duduk atas pagar. "Ludah Mati Emak, Telan Mati Ayah", Cakap, Salah...Tak Cakap, Lagi lah Salah, jadinya, SERBA SALAH....

Marilah kita renungkannya bersama, dan ambil lah iktibar dari setiap kejadian yang merugikan. Sebesar mana pun Empire itu, ia nya akan tumbang jika kita tidak "Bersatu Berharmoni".

INSAFLAH. Dan berusaha untuk meninggal satu tamadun pembangunan melalui perpaduan ummah kepada generasi akan datang, bukan perpecahan dan keruntuhan, nanti akan dikutuk di kemudian hari.

P/S: Selamat Hari Jadi yang ke 8, Adik Zhohiir. Tokki doakan semoga panjang umur dan sihat sejahtera, serta semoga menjadi pembela agama dan negara.
Amanah Allah, tinggallah kepada Generasiku segala yang baik-baik, sempurna lagi terpuji, Amin.


Oktober 21, 2008

Revolusi Mental Orang Melayu Yang Terkurung Lama


Foto: Challaborough Bay (Caravan Park), Devon 4/10/08

1. Masa bergerak pantas, zaman beransur-ansur berubah ke tahap di mana akan jadi lagi Arus Tsunami mentaliti. Tanpa disedari dan dikawal di mana "DIA" Allah akan mengambil nya satu persatu sesuatu dari apa yang paling kita sayangi.

2. Namun, itu bukanlah satu 'climax' atau kemuncak kesudahan, realitinya bukan lah satu keputusan dari sebuah kehidupan, kehidupan perlu di teruskan. Satu demi satu kejadian adalah cabaran kehidupan yang panjang.

3. MELAYU DALAM DILEMA, MASIH KABUR MENGENAI PERJUANGAN, DAN REVOLUSI MENTAL....

4. Para pemimpin Melayu, pengarah dan eksekutif Melayu, anak-anak Melayu lainnya (am nya, Orang Melayu), perlu muhasabah diri (mengenal diri sendiri). Melihat kepada personaliti yang realiti, dapat disedari bahawa sifat berdengki dan fitnah banyak jadi amalan utama, sudah sebati sebagai intisari kehidupan harian.

5. Apabila diberi tanggungjawap mengurus pentadbiran, kajian rambang, 60 peratus masih berfikiran lembab, tidak mampu membuat keputusan" luarbiasa" secara berani. Ini kerana tidak yakin dan tidak ada kepercayaan diri. Mereka tidak berupaya menerokai ilmuan kehidupan insaniah yang hakiki (mutlak), yang sering berputar bersama perubahan...

6. KEFAHAMAN ISLAM YANG JITU HANYA JADI HIASAN

Fikiran terkurung dalam sangkar yang sempit dan tersempit, hanya tahu membaca kitab, dan jadi Pak Turut. Tahu bercakap tentang visi, tetapi tidak tahu mencipta misi, bermegah-megah dengan ijazah yang bergulung, tetapi intipati nya kosong belaka...

7. Apabila di panggil untuk bercakap, berdiri dengan segak lagi tampan dengan membaca teks, macam burung gagak tua. Apabila di suruh bertindak dan memberi ideal, tiba-tiba otak dan tangan jadi kaku, kaki tiba-tiba jadi patah dan tempang. Katanya "Ini bukan kuasa kita, birokrasi tolak atas, tolak bawah, kita hanya makan gaji, bukan beri gaji (taukeh)." Tiada mirip "business minded".

8. Tanggungjawab demi kepentingan orang lain, kurang atau langsung tak ada; kalau kepentingan sendiri, seperti tikus jatuh dalam beras...

9. TAKUT "I.S.A" LEBIH DARI TAKUT KAN ALLAH.....

1o. Kebanyakan rakyat Malaysia berbagai bangsa, suka mengampu dan jadi penunggu, duduknya "atas pagar". Terhantuk baru ternadah. Apabila berlaku kejadian, jadi tukang canang dan palu gong...buat apa fikir lebih-lebih, nanti sakit kepala, pening dan muntah-mutah (makan berlebihan).

Pegang cangkul takut reput tulang.

Kerja kontrak takut kena panas.

11. Yang lebih senang jadi TOTO (tolong orang tipu orang), dan jadi "con men" atau "mister percent". Yang lagi senang buka syarikat skim cepat kaya. Satu lagi 'thobe'ii' (tabiat) semula jadi orang Melayu, "suka berhutang dan tak suka bayar hutang ", kalau berlagak, biar papa, asal bergaya...

Orang punya dia punya....Dia punya, dia punya.

12. Baru-baru ini ada berita 56,234 pelatih tajaan institusi kewangan kerajaan tidak membayar hutang, jumlah nya lebihkurang RM 231.9 juta. Bayangkan, itu belum masuk lagi pinjaman PTPN dan lain.

Yang terdekat dengan Ayahku, hutang 'maintenance' (Apartment MR) banyak tertunggak. Bangunan hanya ada 120 unit, caj penyelenggaraan hanya RM70.oo sebulan, tetapi lebih 50% penduduk berhutang antara RM60,000 ke RM65,000. Memang bukan sebab tak mampu, tapi tidak mementingkan fardu kifayah atau buat tak faham. Kereta dan perabut boleh ditukar sentiasa, tetapi bayaran untuk menyelenggara lift, paip air, kawasan umum, tidak di'prioritize'kan. Akibatnya penghuni yang prihatin dan bertanggungjawablah yang menanggung beban semua.

13. Satu cerita dulu, bukan cerita dongeng atau fantasi, tetapi sebagai gambaran sifat orang Melayu liat (susah) bayar hutang. 'Abu Nawas menanam duit dalam satu lubang, maka selepas menutup nya ditulis satu surat, berbunyi: "DI SINI TAK ADA DUIT..." Selepas itu datang pula Si Abu Dajal lalu mengambil itu dan menutup semula serta menulis "DUIT INI BUKAN ABU DAJAL AMBIL"
14. Bangun lah, jangan tidur lagi, tak mungkin akan ada mimpi di siang hari. Sebelum menyuruh orang lain berubah, kita dahulu perlu berubah.

Mari kita renung bersama-sama, insyaallah, nanti akan ada hidayahnya.

"Makan belacan kena pedas, barulah sedap" Selamat membaca dan terima kasih.

Assalamualaikum

Sokong Membawa Rebah - Pemilihan Puncak Pimpinan

Foto: Wembley Stadium 13/09/09
Musim pemilihan pemimpin parti (Umno) dilihat semacam musim bunga selepas berganti musim luruh. Ketua-ketua cawangan dan bahagian mula menampakkan diri bagai kan cendawan tumbuh musim hujan, yang sebelum ini hidup segan, mati tak mahu, telur di hujung tanduk...

Yang pandai, yang bijak, yang ada kuasa, yang tak ada kuasa, yang ada duit dan yang tak ada duit, sampai ke akar umbi, sudah mula berjalan seiring dan berkata senada. Yang capek datang bertongkat, yang pipis datang melayang, semata-mata untok mencari sokong dan menyokong...

Kepala ahli-ahli UMNO, dah naik PENING... Fikiran dah jadi haru biru, Hitam dan Putih sudah tak dapat nak bezakan, jadi Kelabu.

AyahKu nak ingatkan, jangan jadi sokong membawa rebah. Harap kan pagar, pagar makan padi... Harap kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Dan nak berpesan-pesan kepada yang berjaya, jika berjalan di atas, jangan lupa rumput di bumi, dan tangan yang memberi kita makan, jangan pula digigit. Jika ada kritikan atau teguran panas, jangan melenting dan jangan marah-marah, nanti KENA JUAL. Bersabar dan Bertenang...

Pertandingan adalah permulaan kepada peperangan kecil dan akan berdepan dengan perperangan yang lebih besar.

PEGANG BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG...


Selamat Berjuang untuk Bangsa dan Negara...

Oktober 18, 2008

Satu untuk semua, semua untuk satu....Krisis

Terlebih dulu Ayahku ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua keluarga di Malaysia dan semua pembaca budiman "Maaf Zahir Batin".
Foto: Rumah Malaysia, No 1 Templewood Gardens, London 30/09/08

Selepas saja menyambut hari raya, parlimen mula bersidang dalam perbahasan belanjawan. Apa yang mendukacita nya adalah perlakuan penyokong kerajaan mengosong kerusi dewan semasa ketua pembangkang (DSAI) membuat ucapan pembahasan belanjawan.


Dalam dewan yang mulia, yang ada tatacaranya serta dalam situasi bersidang mengenai perkara kepentingan rakyat dan negara, apa pun alasan, perilaku tersebut tetap tidak bersopan dan merugikan,... tak kiralah siapa pun kita, dari apa parti kita berpegang, YB semua tetap sebagai ahli dewan yang mulia, maka kita yang di muliakan tidak sepatut berperangai tidak senonoh.

Foto: Di dalam London Eye, latarkan House of Parliament 14/09/08

Perbezaan pendapat dan berlainan tempat duduk tidak semistinya tidak boleh bersama, sebagai orang professional sewaktu perbincangan mengenai rakyat dan negara, kebencian, emosi dan sentimen tidak boleh diletak di hadapan kerana akan mempengaruhi sebelah pihak dan akan menghalang setiap kebenaran,...


YB diberi mandat oleh rakyat bersekali dengan elaun yang bukan nya sedikit untuk bermesyuarat dalam dewan, jika keluar dari dewan , itu tidak amanah, atau elaun dipotong, atau ambil rasuah dan salah guna kuasa. jika sakit atau jiwa rasa tertekan, jumpa doktor, ambil cuti, senang cerita,... Dewan Parlimen, Dewan Rakyat dan Dewan Negara bukan gelanggang permusuhan untuk melahir kebencian serta berpuak-puak.

Islam dan apa ugama pun tidak pernah membenar kan nya....

Jika kelakuan sedemikian dilakukan oleh orang yang tidak cerdik, itu di sebut "bodoh," tetapi jika dilakukan oleh para bijak pandai ,itu sebagai angkuh dan sombong (bahasa kasar nya, "biadab serta riak "). Apa akan jadi generasi kita akan datang jika terpimpin dan diteladani oleh gulungang sedemikian rupa...?

Percanggahan pendapat adalah normal bagi kehidupan, dan penambahan dalam pencarian ilmuan sebagai wadah serta visi perjuangan demi kebaikan ummah.

Sekecil mana seseorang itu, atau pun ada kekurangan, masing-masing ada peranan berguna di dunia ini . Yang buta penghembus lesung (penumbuk padi) Yang pekak pembakar meriam (bedil). Jika di negeri buta, yang keset (sebelah mata) boleh jadi Raja, begitu lah lumrah kehidupan. Barang siapa yang mengalih pandangan dan membutakan mata-hati (tidak membuat perhatian ) dan memekak kan telinga kepada kenyataan dan seruan, serta tidak ambil iktibar dari kejadian "Alam" walaupun sebesar biji zarah, maka mereka adalah dari gulungan yang rugi lagi hina....

Cuba perhatiakan putaran dunia, Tsunami berlaku di Aceh, Sri Lanka..... Kelaparan di Sudan, Uruguay, Euthopia, rata rata negara miskin...Peperangan di Iraq, Palestine dan lain-lain tempat yang serupa, cukup banyak memusnah kan sumber alam yang di kurnia Allah, dimusnah oleh pemikiran dan tangan manusia yang rakus. Terkini krisis kewangan global, banyak bank berdepan dengan kebankrapan, ..Ini gara-gara orang kaya raya dan bijak pandai yang tamak -haloba, tidak jujur, tidak amanah serta tidak mahu membayar hutang. Tunggu selepas ini, dunia terus berputar lagi, akan sampai giliran apa pula,...? Allahhualam (Allah yang Maha mengetahui)

Yang Berhormat, Serta Pemimpin Tertinggi dan akar umbi, guna lah sebaik-baik nya peluang yang ada, selagi kesihatan dan nyawa di badan diizin Allah. Di antara kami rakyat biasa anda lah yang lebih mulia,...kemajuan dan keamanan negara di tangan anda.

Ketepikan emosi dan sentimen anda semasa bersidang .....

Selamat Bersidang, .. Buang yang keruh, Ambil yang jernih, ...Assalamualaikum.