Oktober 21, 2008

Revolusi Mental Orang Melayu Yang Terkurung Lama


Foto: Challaborough Bay (Caravan Park), Devon 4/10/08

1. Masa bergerak pantas, zaman beransur-ansur berubah ke tahap di mana akan jadi lagi Arus Tsunami mentaliti. Tanpa disedari dan dikawal di mana "DIA" Allah akan mengambil nya satu persatu sesuatu dari apa yang paling kita sayangi.

2. Namun, itu bukanlah satu 'climax' atau kemuncak kesudahan, realitinya bukan lah satu keputusan dari sebuah kehidupan, kehidupan perlu di teruskan. Satu demi satu kejadian adalah cabaran kehidupan yang panjang.

3. MELAYU DALAM DILEMA, MASIH KABUR MENGENAI PERJUANGAN, DAN REVOLUSI MENTAL....

4. Para pemimpin Melayu, pengarah dan eksekutif Melayu, anak-anak Melayu lainnya (am nya, Orang Melayu), perlu muhasabah diri (mengenal diri sendiri). Melihat kepada personaliti yang realiti, dapat disedari bahawa sifat berdengki dan fitnah banyak jadi amalan utama, sudah sebati sebagai intisari kehidupan harian.

5. Apabila diberi tanggungjawap mengurus pentadbiran, kajian rambang, 60 peratus masih berfikiran lembab, tidak mampu membuat keputusan" luarbiasa" secara berani. Ini kerana tidak yakin dan tidak ada kepercayaan diri. Mereka tidak berupaya menerokai ilmuan kehidupan insaniah yang hakiki (mutlak), yang sering berputar bersama perubahan...

6. KEFAHAMAN ISLAM YANG JITU HANYA JADI HIASAN

Fikiran terkurung dalam sangkar yang sempit dan tersempit, hanya tahu membaca kitab, dan jadi Pak Turut. Tahu bercakap tentang visi, tetapi tidak tahu mencipta misi, bermegah-megah dengan ijazah yang bergulung, tetapi intipati nya kosong belaka...

7. Apabila di panggil untuk bercakap, berdiri dengan segak lagi tampan dengan membaca teks, macam burung gagak tua. Apabila di suruh bertindak dan memberi ideal, tiba-tiba otak dan tangan jadi kaku, kaki tiba-tiba jadi patah dan tempang. Katanya "Ini bukan kuasa kita, birokrasi tolak atas, tolak bawah, kita hanya makan gaji, bukan beri gaji (taukeh)." Tiada mirip "business minded".

8. Tanggungjawab demi kepentingan orang lain, kurang atau langsung tak ada; kalau kepentingan sendiri, seperti tikus jatuh dalam beras...

9. TAKUT "I.S.A" LEBIH DARI TAKUT KAN ALLAH.....

1o. Kebanyakan rakyat Malaysia berbagai bangsa, suka mengampu dan jadi penunggu, duduknya "atas pagar". Terhantuk baru ternadah. Apabila berlaku kejadian, jadi tukang canang dan palu gong...buat apa fikir lebih-lebih, nanti sakit kepala, pening dan muntah-mutah (makan berlebihan).

Pegang cangkul takut reput tulang.

Kerja kontrak takut kena panas.

11. Yang lebih senang jadi TOTO (tolong orang tipu orang), dan jadi "con men" atau "mister percent". Yang lagi senang buka syarikat skim cepat kaya. Satu lagi 'thobe'ii' (tabiat) semula jadi orang Melayu, "suka berhutang dan tak suka bayar hutang ", kalau berlagak, biar papa, asal bergaya...

Orang punya dia punya....Dia punya, dia punya.

12. Baru-baru ini ada berita 56,234 pelatih tajaan institusi kewangan kerajaan tidak membayar hutang, jumlah nya lebihkurang RM 231.9 juta. Bayangkan, itu belum masuk lagi pinjaman PTPN dan lain.

Yang terdekat dengan Ayahku, hutang 'maintenance' (Apartment MR) banyak tertunggak. Bangunan hanya ada 120 unit, caj penyelenggaraan hanya RM70.oo sebulan, tetapi lebih 50% penduduk berhutang antara RM60,000 ke RM65,000. Memang bukan sebab tak mampu, tapi tidak mementingkan fardu kifayah atau buat tak faham. Kereta dan perabut boleh ditukar sentiasa, tetapi bayaran untuk menyelenggara lift, paip air, kawasan umum, tidak di'prioritize'kan. Akibatnya penghuni yang prihatin dan bertanggungjawablah yang menanggung beban semua.

13. Satu cerita dulu, bukan cerita dongeng atau fantasi, tetapi sebagai gambaran sifat orang Melayu liat (susah) bayar hutang. 'Abu Nawas menanam duit dalam satu lubang, maka selepas menutup nya ditulis satu surat, berbunyi: "DI SINI TAK ADA DUIT..." Selepas itu datang pula Si Abu Dajal lalu mengambil itu dan menutup semula serta menulis "DUIT INI BUKAN ABU DAJAL AMBIL"
14. Bangun lah, jangan tidur lagi, tak mungkin akan ada mimpi di siang hari. Sebelum menyuruh orang lain berubah, kita dahulu perlu berubah.

Mari kita renung bersama-sama, insyaallah, nanti akan ada hidayahnya.

"Makan belacan kena pedas, barulah sedap" Selamat membaca dan terima kasih.

Assalamualaikum

Tiada ulasan: