Oktober 21, 2008

Sokong Membawa Rebah - Pemilihan Puncak Pimpinan

Foto: Wembley Stadium 13/09/09
Musim pemilihan pemimpin parti (Umno) dilihat semacam musim bunga selepas berganti musim luruh. Ketua-ketua cawangan dan bahagian mula menampakkan diri bagai kan cendawan tumbuh musim hujan, yang sebelum ini hidup segan, mati tak mahu, telur di hujung tanduk...

Yang pandai, yang bijak, yang ada kuasa, yang tak ada kuasa, yang ada duit dan yang tak ada duit, sampai ke akar umbi, sudah mula berjalan seiring dan berkata senada. Yang capek datang bertongkat, yang pipis datang melayang, semata-mata untok mencari sokong dan menyokong...

Kepala ahli-ahli UMNO, dah naik PENING... Fikiran dah jadi haru biru, Hitam dan Putih sudah tak dapat nak bezakan, jadi Kelabu.

AyahKu nak ingatkan, jangan jadi sokong membawa rebah. Harap kan pagar, pagar makan padi... Harap kan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.

Dan nak berpesan-pesan kepada yang berjaya, jika berjalan di atas, jangan lupa rumput di bumi, dan tangan yang memberi kita makan, jangan pula digigit. Jika ada kritikan atau teguran panas, jangan melenting dan jangan marah-marah, nanti KENA JUAL. Bersabar dan Bertenang...

Pertandingan adalah permulaan kepada peperangan kecil dan akan berdepan dengan perperangan yang lebih besar.

PEGANG BARA API, BIAR SAMPAI JADI ARANG...


Selamat Berjuang untuk Bangsa dan Negara...

Tiada ulasan: